PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 11-Apr-2009 07:17 Email | Share | Bookmark
BLUEBERRY CHEESE TART

 
 
 
lps bakar doh
blueberry cheese tart
 
Smlm buat blueberry cheese tart..teringin gitu. Asyik teringin nk buat benda baru je...so, yani pinjam resepi dr http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1149209. Thanx sis rinnchan.
Mmg sedap, cheese cair dimulut disulami dgn rasa blueberry yg masam sikit..heheheh. 1 adunan dapat 20 biji tart. Yani x de acuan tart yg kecil tu, so terpaksa guna acuan alumunium yg ada kt sini. Takde rotan, akar pun berguna. Tu sbb bentuk tart nya x secantik yg sepatutnya. Yani pun masih belum pandai ukir blueberry nya supaya bercorak..hmmm. Mana nk beli acuan tart ye? Cari kt ebay x de....suruh adik cari kt Msia, dia x jumpa...

Quote:
The risen filling will eventually sink when the tart gets cold and will nicely set at level with the pastry ring.

BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:

1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan gula icing hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net