PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 5-Apr-2009 15:18 Email | Share | Bookmark
FRUIT TART..COBAAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fruit tart
Thanx to Brother Rozzan (http://rozzan.blogspot.com/2006/09/fruit-tart.html) 4 this lovely recipe...hehehe speaking plak kt sini.

Tapi x de tart mould jadi guna mould aluminium yg ada kt sini je. Coklat coating tu kene improve lg supaya x sememeh. Adunan krim kastard pun kena tmbah lg 1/2 adunan br cukup utk sume alas tart...heheheh biasala warming up dulu, dh tahu susah senang nk buat br bole budget masa. Yani lg suka makan tart ni lps keluar dr peti sejuk..bg yanila sedap lg. Buat tart ni kene byk part, lps tu nk letak buah tu pun problem sikit bg eden yg x kreatif ni..tu yg pakai sumbat je. Guna piping gel utk glazenya tapi kene tambah air sikit kot, kalu tak susah nk sapu.

Quote:
Fruit Tart

550 gm tepung gandum
250 gm mentega
50 gm pastry margarine
1 biji telur
100 gm gula icing
secubit garam

Cara
Mentega, margarine dan gula icing di pukul sebentar hingga rata. Masukkan telur & esen vanilla, dikacau rata lalu dimasukkan tepung gandum. Uli hingga sebati. Sejukkan adunan di dalam peti ais kira-kira 30 minit atau 1 jam sebelum menerapnya. Canai adunan dan terap, lalu diisikan ke dalam acuan tartlett. Cucukkan dasar adunan ini dgn garpu sebelum membakarnya dgn sudu 180 darjah selama kira-kira 25-30 minit. Sesudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dahulu sebelum disapu dgn cokelat yg sudah dicairkan tadi.

Untuk Alas Tartlet
secukup chocolate block (for coating)- cairkan dgn kaedah 'double-boiling'

Krim Kastad
Bahan A
250 ml susu plain
50 gm gula
100 gm mentega
(Masak Bahan-bahan A ini hingga mendidih)

Bahan B
250 ml susu plain
40 gm tepung kastad
1 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
sedikit esen vanilla
secubit garam

Cara Membuat Krim Kastad
Bahan-Bahan B ini dikacau rata dan tapis lalu masukkan ke dalam Bahan-Bahan A yg telah mendidih tadi. Didihkan lagi hingga masak.

Cara Menyediakan Fruit Tartlet
Ambil pastry tartlet yg telah disapu cokelat dan bubuh sedikit krim kastad. Susunkan dgn buah-buahan pilihan anda dan akhir sekali sapukan gel di atas buah-buahan tadi.

Buah-Buahan Hiasan
Buah kiwi, peach, strawberry, blueberry, raspberry, etc.

Gel/Jelly Glaze
1) Masak sedikit apricot gel dengan sedikit air lalu sapukan ke atas buah-buahan... atau 2) Masak 1 sudu makan instant jelly dengan 100 gm air hingga mendidih. Sejukkan sebentar sebelum digunakan.


Tart ni sedap & kurg manis.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net