PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Mar-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
KECILNYA CUPCAKE KU..

 
Bersama kotak muffin saiz kecil
 
Cuppies ni saja buat kecil, cukup2 utk mulut.Nyampah sblm ni kalau bebudak ni mkn asyik bersepah2 sbb dorg kutil2. Jadi, cuppies ni senang dimakan dan cepat habis gak..hehehe. Makan satu, mcm x cukup, mkn lagi, mcm x cukup, mkn lagi..akhirnya 0. Tgkla saiznya sebesar mana....abaikan tgn yg kering ye..duduk negara sejuk ni mmg cpt kedut dan kering..huhuhu

Resepi yg senang gile ni diambil dr resepidiana blogspot (http://resipidiana.blogspot.com/2009/02/best-ever-muffin-d-buat-muffin-ini.html). Thanxxxx...sorry mcm biasa copy paste...pemalasnya aku ni kan..

Quote:
BEST EVER MUFFIN
Sumber: Allrecipes.com


Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net