PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Mar-2009 20:39 Email | Share | Bookmark
SPIDERMAN CAKE ,FBCT & RICH CHOC MOIST CAKE

Frozen buttercream transfer...buat outline atas baking paper
Slps letak bc, letak baking paper dan masuk freezer
Dah lepas frozen 30 minit or more
x ok sgt sbb x check ada bubble ke tak sblm frozn.tgk lubang2 tu
Spiderman cake
Chocolate moist cake
choc moist cake no filling
double boil..bawah ada air
 
 
choc moist cake no filling
double boil..bawah ada air
 
Suprise kek utk Haszlee & Adam dr Mimi. Kek spiderman ni adalah kek 'sponge' (dr resepi delicious cake) + filling bc (buttercream) & buah peach + topping bc + choc cair sikit. Gmbr spiderman tu buat guna kaedah FBCT iaitu Frozen Buttercream Transfer. Bole tgk cara2nya kat sini ... http://www.soggycheerios.com/archives/197.

Quote:
Cara yani :
1. Trace/tekap lukisan dr kertas A4 tu ke kertas wax/baking. Nak lukis terus atas kertas baking pun bole.
2. Guna icing hitam atau coklat cair sbg outline lukisan. Masa nk outline ni, pastikan gambr terbalik sbb nnti dh siap, br pusing kan....yg bawah keatas (faham tak?)
3. Yani frozenkan dulu outline tu kasi keras sikit. X yah cover outline tu.
4. Kmdn paipkan buttercream ke dlm tpt kosong...Setkan awal2 warna2 yg berkaitan ye.
5. Penuhkan tpt kosong ngan buttercream...pastikan kat tepi2 outline tu gak terisi dan bersentuh. Pastikan gak buttercream tu cecah kertas, kalu tak nnti ada bubble@lubang2 udara (part ni yg payah sikit sbb x nmpak..kalu nk tgk gak, kena angkat kertas tu,tgk dr baWAH..HEHEHEEH)
6. Kalu nk buat background sekali pun boleh..ikut saiz permukaan kek..pastikan sume rata.
7.Lps tu, cover buttercream tu sume dgn kertas baking sbb nk bagi rata.
8. Frozenkan selama 30 minit atau lebih.
9. Bila nk guna, buka kertas baking tu dan letak atas kek...settle..


Kek spiderman sememeh sikit sbb coklat cair yg di'pipe'kn tu masih panas..jd jari x stabil..sorry ye Mimi.

Utk mkn sendiri, kali ni try buat kek coklat lembap dr resepidiana (http://resipidiana.blogspot.com/2006/09/rich-chocolate-moist-cake-resipi-ini.html).

Quote:
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber: Kak Noor Hannah

Bahan-bahannya
6 oz (170.1gm) butter
14 oz (396.9 gm) gula castor
3 biji telur ayam

Bahan-bahan ini dibancuh bersama
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste

Bahan-bahan ini diayak bersama
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais

Cara-caranya
1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit.
7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping

Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.

P/S :
Langkah 4 & 5 tu, yani masukkan bhn2 yg diayak berselang seli dgn air sejuk. Mulakan dan akhirkn dgn bhn2 yg diayak. Guna loyang spt yg dicdgkn sbb bila yani guna loyang kecil 7inci, adunan tu melimpah keluar dan kena psg api bwh last minit (takut kek x msk). Lama gak masaknya, lebih kurg 1jam setgh sbb adjust api bawah.

Bahan untuk topping coklat ganache cair
1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

Cara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan (faham ke ni??).3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.

P/S : Utk topping, yani guna 1 papan coklat masakn dan whiping cream @ susu cair.Masak secara double boil.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net