PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Feb-2009 18:06 Email | Share | Bookmark
CUPCAKE ADREANA & PANTAI MATINKYLA YG BEKU....

cupcake utk Adreana & baby
jln menuju pantai
 
ada gak kayak ye kt sini..x perasan la plak
 
inila keje dorng..jakun sungguh dgn ais tu..
ni la peminat2 pantai
geramnya tgk pipi sikenit ni....ishhh
nk kata jepun, bukan...
Beku pantai laut tu sampai jauh nun disana.. x larat nk pi
hahahaha..aksi x do kojo
 
lebihan cupcake..buat mkn2 kt umah..Elmo yg sempoi...
suka tgk awan senja ni
rajinnya Auni tarik adiknya..
jom balikkkkkkk
pandangan dr pantai menghala ke keta yg ada kt tepi jalan sana..
pandangan dr tepi keta menghadap ke pantai
marila kita pulanggggg
dorg main bukit dpn apartment ..asyik nk main slide jeee
cuba teka yg mana satu apartment kitaorg? tingkat ke 2 la..
bgn2an/apartment2 student HOAS yg lain dpn apartment kitaorg..
sblh kiri
disebalik bukit dpn umah ni, rupanya ada tpt tersorok..
Buatkan buah tgn utk Adreana hari ni. Tahniah dpt anak baru. Hari tu x dapat jumpa kt hospital sbb kitaorg masing2 x sihat & waktu melawatnya petang je dr pukul 5ptg ke 7ptg...so,sorry yek. Hari ni kitaorg dh ok tu yg nk pi jenguk. Namun begitu, x dpt jumpa orngnya gak tapi cupcake ku je yg dpt jumpa, yela bgtau last minit nk dtg....x pela.

Maka dgn itu, kitaorg pi jln2 ke Pantai Matinkyla g dh beku gile.....x lama pun, dlm 30 minit je...

Resepi cupcake ambil dr mamaera fotopages (http://mamaera.fotopages.com/?entry=1375591)....sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii . Icing guna resepi dr chef Nor Zailina
(http://norz-masakan.blogspot.com/search?updated-max=2008-11-08T15%3A37%3A00%2B08%3A00&max-results=3)

Quote:
AISING MENTEGA SUSU
(cukup untuk menghias kek cawan di atas)

Bahan-bahannya
125 gm mentega (bukan mentega tulen/pure)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila
Pewarna oren, ungu, merah dll

Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair

Cara membuatnya
1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Sapukan kek dengan aising kemudian hiaskan mengikut citarasa masing-masing.



Quote:
KEK COKLAT LEMBAP-resipi dr Julia (Moscow), thanks....
Sumber: Karen John Abraham


Bahan-bahan:

1 3/4 cwn tepung gandum
2 cwn gula
2 biji telur
3/4 cwn serbuk koko
2 sudu besar serbuk nescafe davidoff - kita tak bubuh nie
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak bunga matahari/sayuran
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air panas

Cara:

1. Tepung gandum+ baking soda + baking powder +serbuk koko di ayak.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
3. Tambahkan esen vanilla dan garam.
4. Masukkan bahan2 yg di ayak, minyak dan susu secara selang seli sehingga habis.
5. Akhir sekali masukkan air panasdan adunan akan menjadi cair.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15 mnit, jika menggunakan papercup.









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net