PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Sep-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
BINGKA LOBAK MERAH

Inila golok dr kedai Ai Ling...bosarrrrrrr
 
 
Teringin nk mkn bingka kak ct ni...sodap, elok utk mata....cubala sonang je


BINGKA LOBAK MERAH/CARROT

Bahan-bahan:

1 kg lobak merah – dibersihkan,dipotong,direbus.
3 biji telur
150ml susu pekat
250ml susu cair
250gm tepung gandum
180gm gula
125gm butter
½ sudu the garam

Bahan utk di sapu di atas bingka:

1 sudu teh golden syrup/madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar putih telur


CARA:

1.Lobak merah yg telah direbus, di blend dgn susu cair sehingga betul-bwtul halus.
2.Pukul gula dan butter sehingga kembang.
3.Masukkan telur satu persatu sehingga habis.
4.Masukkan susu pekat dan lobak merah yg telah diblend,masukkan garam dan pukul lagi sekejap.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
6.Sapukan Loyang dgn sedikit butter dan tuangkan adunan ke dlm Loyang.
7.Bakar selama 40 minit dgn suhu 180c.
8.Selepas 40 minit, keluarkan dari oven dan sapukan permukaan bingka dgn bahan sapu di atas.
9.Bakar lagi selama 5 minit dan keluarkan dr oven.
10.Apabila bingka sejuk,masukkan ke dalam peti sejuk.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net