PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Sep-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
KUIH BOM

 
Dulu x suka sgt makan kuih ni tapi bila dh buat sendiri jadi suka plak. Oleh kerana mengejar masa, kitaorg buat besar2..biar meletup dlm mulut...heheheh. Resepi ni biasala tgk dr mamaera beserta dgn petuanya...heheheh


Kuih Bom (HAJAR)
Bahan:
Doh

210 g tepung pulut
2 tbsp tepung gandum
1 tsp air kapur
Secubit garam
Air secukupnya
Bijan

Inti Kelapa

Kelapa parut
Gula merah
Gula pasir
Sedikit gula batu
Sedikit air

1. Masukkan bhn doh dlm bekas kecuali air dan bijan
2. Masukkan air sikit demi sedikit hingga mendapat doh yg lembut/tak lekat di tangan
3. Untuk inti...masukkan kesemua bhn dlm kuali, kacau sebati hingga gula hancur dan inti agak kering sedikit, angkat
4. Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan leperkan. Isi inti di tengahnya, balut dan bentukkan doh menjadi bulat. Buat sehingga habis dan golekkan doh dgn bijan
5. Goreng doh hingga masak/garing menggunakan api sederhana


****Kuih ini elok dibuat 2-3 jam lebih awal sebelum menggorengnya utk mengelakkannya drpd meletup bila digoreng (petua YahMasri)
Mengikut Diana (FRD) lak, org tua dulu2 kata masa buat kuih ni jgn pot pet pot pet, nanti masa menggoreng kuih ni leh meletup
Semasa menggoreng kuih ni hendaklah dgn penuh kasih sayang, gunakan api yg sederhana,


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net