Bila nmpk je cek de sam punya kuih bkr..terus berhjt nk buat. Dulu dh pernh buat tapi rasanya yg ni paling menjadi.
KUIH BAKAR KAK SABA
Bahan:
4 cawan santan
5 biji telur
2 cawan gula
1 sudu teh pandan emulco (sbb daun pandan x de)
2 cawan tepung gandum
nota: kalau ada daun pandan, guna 3 setgh cwn santan dan 1/2 cwn air daun pandan (10 helai)
bijan -goreng tanpa minyak
Cara:
1. Gaulkan gula dengan telur sehingga gula hancur.
2. Dan masukkan semua bahan lain di atas kecuali bijan dan kacau sebati.
3. Tapiskan ke dalam acuan.
4. Bakar selama lebih kurang 45 minit - 1 jam pada 180c.
5. Taburkan bijan bila setengah waktu membakar.
Petua Kak Saba:
Bakar kuih pada api di bawah dulu pada setgh masa terdahulu dan selebihnya bakar api diatas pulak.
Pandan emulco pun dpt dr cek de sam..tq. Baunya pun sedap mcm pandan real...warnanya pun lawa berbanding ngan pewarna hijau yg lain...Kuih ni kena tunggu sejuk betul2 br mkn tau...