PAHIT MANIS DI FINLAND

By: chomel dvery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Feb-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
KETAYAPKU...

ketayapku..
gula perang
penimbang comelku
Teringin nk makan pau, jadi yani buatlah intinya..terbyk pulak tu. Oleh kerana cik abg kita x sempat nk beli brg2 pau, jadi kitaorg pun buat kuih ketayap yg warna hijau tu.....resepi dr site resepi mesra.net

Quote:
Kuih Ketayap

Bahan inti:
100 gm gula perang
50gm gula pasir
¾ cawan air
½ biji kelapa parut (guna kelapa kering je...)
garam
air secukupnya(sbb guna kelapa kering)
daun pandan

Bahan kulit:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan (x masukkan sbb x de kt sini)
pewarna hijau
sedikit garam

Cara:
Untuk inti:
Masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas.
Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas.
Angkat dan ketepikan.

Untuk kulitnya:
Masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk.
Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan
air daun pandan. Tapis adunan ini.
Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi,supaya adunan rata dan nipis.
Setelah masak, angkat dan ketepikan.
Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti
di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap
kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.



Seelok2eloknya masak diatas tpt yg rata yg macam buat roti canai tu..senang sikit (dulu masa buat kt Msia la)....tapi kali ni guna pan yg x berapa rata...jadi x leh meratakan adunan tu lebih2..maka x brp sgtla bentuknya...namun begitu, ketayapku itu lenyap dlm masa 15 minit....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net